Home / Regular Issue / JTAS Vol. 16 (2) Aug. 1993 / JTAS-0024-1993

 

Kesan Penggabungan Germplasma Jagung dari CIMMYT (Rattray Arnold) dengan Germplasma Jagung Tempatan (Jagung Kumpit)

Narimah Md. Kairudin, Zazmee Mat Som dan Liaw Hiew Lian

Pertanika Journal of Tropical Agricultural Science, Volume 16, Issue 2, August 1993

Keywords: -

Published on:

Tujuan kajian ini ialah untuk menentukan kesan penggabungan germplasma jagung putih 'dent' dari CIMMYT dengan jagung tempatan. Penentuan tersebut dibuat melalui perbandingan ciri-ciri morfo-agronomi di antara progeni kacukan dengan induk-induknya. Kajian dimulakan dengan membuat kacukan di antara populasi Rattray Arnold dari CIMMYT dengan populasi Jagung Kumpit Seterusnya, biji benih kacukan, populasi Rattray Arnold dan Jagung Kumpit ditanam di plot percubaan dan cerapan dibuat ke atas ciri-ciri morfo-agronomi pada setiap pokok dari setiap populasi. Daripada analisis statistik ke atas data-data yang telah dicerap didapati progeni kacukan mencapai peringkat kematangan bunga staminat, kematangan bunga pistilat dan kematangan fisiologi yang lebih awal dari induk-induknya. Selanjutnya, progeni kacukan mempunyai nilai min tinggi pokok dan berat kering keseluruhan yang lebih rendah dari Rattray Arnold tetapi tidak berbeza dengan Jagung Kumpit. Dari segi keupayaan pengeluaran hasil pula, progeni kacukan mempunyai min berat tongkol dan saiz tongkol yang lebih baik dari Jagung Kumpit tetapi tidak berbeza dengan Rattray Arnold.

ISSN 1511-3701

e-ISSN 2231-8542

Article ID

JTAS-0024-1993

Download Full Article PDF

Share this article

Recent Articles