Home / Regular Issue / JTAS Vol. 3 (1) Jul. 1980 / PERT-0065-1980

 

SHORT COMMUNICATION (I)

The influence of Giberellic acid on the growth of Panicum maximum Jacq. grown under two levels of Nitrogen

Pertanika Journal of Tropical Agricultural Science, Volume 3, Issue 1, July 1980

Keywords:

Published on:

Satu percubaan telah dijalankan untuk memerhati pengaruh tiga paras (0, 50 dan 100 bahagian sejuta) asid giberelik (GA) dan dua paras (200 dan 400 kg ha-1) baja Nitrogen (N) ke atas hasil dan pengeluaran anak rumput Guinea (Panicum maximum) di dalam keadaan tropika stlama tiga kali pemotongan. Keputusan yang telah didapati ialah hasil dan pengeluaran anak bertambah dengan bertambahnya N manakala GA tidak mempengaruhi hasil/pokok dan mengurangkan, dengan bererti, bilangan anak/pokok menyebabkan hasil/anak bertambah bagi pokok yang dirawatkan dengan GA. Percubaan oleh Whitney et al (1973) menunjukkan bahawa GA boleh digunakan untuk menambahkan hasil herba bagi Digitaria decumbens dan Pennisetum clandestinum jika rawatan dibuat dimusim sejuk; tetapi pengaruh GA ke atas pengeluaran herba tidak ketara apabila rawatan dibuat di dalam keadaan tropika seperti di Cuba (Herrera dan Suarez, 1975) dan jua seperti di dalam percubaan ini. Adalah didapati bahawa pokok yang dirawatkan dengan GA adalah lebih tinggi dan aturan daun dibatangnya lebih jarak membolehkan lebih banyak cahaya menembusi rumpun rumput. Oleh itu adalah dicadangkan di sini bahawa pokok yang dirawatkan dengan GA boleh ditanam dengan lebih rapat untuk menambahkan hasil herba/yunit kawasan.

ISSN 1511-3701

e-ISSN 2231-8542

Article ID

PERT-0065-1980

Download Full Article PDF

Share this article

Recent Articles