Home / Regular Issue / JTAS Vol. 7 (1) Mar. 1999 / JSSH-0107-1999

 

Bentuk Perlakuan dan Proses Pramenulis Karangan Pelajar Tingkatan Empat

Marohaini Yusoff

Pertanika Journal of Tropical Agricultural Science, Volume 7, Issue 1, March 1999

Keywords: Perlakuan mengarang, proses mengarang, pengajaran kemahiran menulis, pramenulis Karangan, dan pramenulis

Published on:

Penyelidikan dalam bidang penulisan karangan telah memperlihatkan perubahan dari segi fokusnya, iaitu daripada penyelidikan yang berpusatkan hasil karangan kepada yang berpusatkan proses menulis karangan. Makalah ini membentangkan satu kajian tentang proses mengarang yang dilalui oleh pelajar pada peringkat pramenulis semasa menghadapi tugasan penulisan karangan di kelas. Secara khususnya, kajian ini meneliti bentuk perlakuan dan proses pramenuliskarangan yang ditunjukkan oleh pelajar tingkatan empat semasa menulis dalam konteks kelas yang sebenar. Pengutipan dan pengumpulan data dijalankan dengan menggunakan kaedah pemerhatian, temu bual dan bukti dokumen di sebuah sekolah selama satu tahun. Dapatan kajian menunjukkan bahawa bentuk perlakuan dan proses pramenulis karangan para pelajar dipengaruhi oleh konteks pengajaran dan pembelajaran serta guru yang mengajar. Susulan kepada penemuan tersebut, beberapa cadangan tentang bentuk kegiatan pengajaran dan pembelajaran pramenulis karangan dibincangkan.

ISSN 1511-3701

e-ISSN 2231-8542

Article ID

JSSH-0107-1999

Download Full Article PDF

Share this article

Recent Articles