Home / Regular Issue / JTAS Vol. 7 (2) Sep. 1999 / JSSH-0111-1999

 

Perubahan Produktiviti dan Kecekapan Teknikal Industri Perkilangan Elektrikal dan Elektronik di Malaysia

Alias Radam, Sazali Abu Mansor dan Sarah Salwa Adrian

Pertanika Journal of Tropical Agricultural Science, Volume 7, Issue 2, September 1999

Keywords: Produktiviti, pertubuhan ekonomi, teknik-teknik dan komposisi produktiviti, indeks malmquist, DEA

Published on:

Kajian mengenai produktiviti terus menarik minat para penyelidik memandangkan kepentingan sumbangan produktiviti ke atas pertumbuhan ekonomi. Kajian mengenainya bukan sahaja menekankan kepada teknik-teknik pengukuran tetapi juga menumpukan kepada komposisi produktiviti. Pemahaman mengenai komponen-komponen yang terkandung dalam produktiviti dapat membantu penggubal dasar mengenal pasti punca ketidakcekapan sesebuah industri. Melalui penggunaan indeks Malmquist dan pendekatan DEA, kajian ini bertujuan mengukur produktiviti bagi sektor elekrikal dan elektronik (E&E). Melalui keadah ini, produktiviti dapat dipecahkan kepada dua komponen iaitu perubahan teknikal dan perubahan kecekapan. Produktiviti bagi sektor E&E telah mengalami pertumbuhan yang menggalakkan melalui sumbangan peningkatan dalam kecekapan dan perubahan teknikal.

ISSN 1511-3701

e-ISSN 2231-8542

Article ID

JSSH-0111-1999

Download Full Article PDF

Share this article

Recent Articles