Home / Regular Issue / JTAS Vol. 10 (2) Sep. 2002 / JSSH-0155-2002

 

Tingkah Laku Keibubapaan dan Penyesuaian Tingkah Laku Anak dalam Keluarga Berisiko di Luar Bandar

Zarinah Arshat, Rozumah Baharudin, Rumaya Juhari dan Rojanah Kahar

Pertanika Journal of Tropical Agricultural Science, Volume 10, Issue 2, September 2002

Keywords: Tahap resiliensi, analisis regresi, estim diri, tingkah laku keibubapaan

Published on:

Kajian ini bertujuan untuk menentukan perkaitan di antara faktor latar belakang keluarga (pendidikan ibu, pendapatan keluarga dan bilangan anak) dan kualiti tingkah laku keibubapaan dengan penyesuaian tingkah laku anak (resiliensi, estim diri dan pencapaian akademik) dalam keluarga berisiko. Seramai 201 pasangan ibu-anak berbangsa Melayu dari kawasan luar Bandar negeri Kelantan, Kedah, Selangor dan Johor yang telah memenuhi kriteria (miskin dan mempunyai sekurang-kurangnya seorang anak berumur 7-12 tahun) kajian dipilih sebagai responden kajian. Responden telah ditemu bual secara bersemuka dengan menggunakan borang soal selidik. Kualiti tingkah laku keibubapaan telah diukur menggunakan skala 'Supportive Parenting (Simons et al. 1992). Tahap resiliensi anak pula diukur menggunakan skala 'Resiliency Attitudes Scales' (Bischoe 8c Harris 1994). Tahap estim diri anak diukur berdasarkan 'Hare Self-Esteem Scale' (Hare 1985). Pencapaian akademik anak diukur berdasarkan skor lima mata pelajaran terpilih: Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik dan Agama Islam. Hasil kajian menunjukkan bahawa kualiti tingkah laku keibubapaan dan tahap penyesuaian tingkah laku anak adalah rendah. Pendidikan ibu didapati berkait secara signifikan dengan estim diri anak (r=0.18, p=0.05) dan pencapaian akademik (r=0.19, p=0.05). Keluarga yang berisiko tinggi dan mempunyai bilangan anak yang ramai didapati mempunyai anak yang rendah tahap pencapaian akademik dan resiliensi. Bilangan anak dalam keluarga didapati mempunyai perkaitan yang negatif dan signifikan (r=-0.16, p=0.05) dengan tahap resiliensi anak. Hasil kajian juga menunjukkan tahap risiko keluarga mempunyai perkaitan yang signifikan dengan pencapaian akademik anak (r=-0.26, p=0.01). Kualiti tingkah laku keibubapaan juga mempunyai perkaitan secara positif dan signifikan dengan tahap estim diri anak (r=0.17, p=0.05). Analisis regresi berganda menunjukkan tahap pendidikan ibu (?=0.16, p=.05) dan tingkah laku keibubapaan (?=0.15, p=.05) menyumbang secara unik terhadap estim diri anak (F=5.55, p=.05). Hasil kajian juga menunjukkan tahap pendidikan ibu (?=0.18, p=.05) menyumbang secara unik ke atas pencapaian akademik anak (F=2.87, p=.05). Kajian ini memberi implikasi bahawa pendidikan ibu dan tingkah laku keibubapaan mempengaruhi penyesuaian tingkah laku anak dalam keluarga berisiko di luar bandar.

ISSN 1511-3701

e-ISSN 2231-8542

Article ID

JSSH-0155-2002

Download Full Article PDF

Share this article

Recent Articles