Home / Regular Issue / JTAS Vol. 8 (1) Apr. 1985 / PERT-0284-1985

 

Pengaruh Faktor-faktor Sosio-ekonomi Terhadap Kesedaran Pengguna

Nurizan Yahya, Jaiyah Shahbuddin and Jariah Masud

Pertanika Journal of Tropical Agricultural Science, Volume 8, Issue 1, April 1985

Keywords: Faktor sosio-ekonomi; kesedaran pengguna; hak pengguna; tanggungjawab pengguna; undang-undang perlindungan pengguna

Published on:

Kajian ini bertujuan untuk memeriksa pengaruh faktor sosio-ekonomi terhadap kesedaran pengguna. Seramai 90 orang responden iaitu 45 orang dari kawasan bandar dan 45 orang dari luar bandar telah dipilih secara rawak untuk kajian ini. Maklumat dikumpulkan melalui temubual berdasarkan kepada soalan-soalan yang dibentuk di dalam kertas soal selidik. Dua pembolehubah telah digunakan iaitu faktor sosio-ekonomi sebagai pembolehubah bebas dan kesedaran pengguna sebagai pembolehubah sandar. Ujian statistik Analisis varian dan Duncan's multiple-range' telah digunakan untuk memeriksa perbezaan di antara angkubah. Hasil kajian menunjukkan taraf kesedaran pengguna bandar lebih tinggi daripada pengguna luar bandar. Taraf kesedaran pengguna berbeza mengikut taraf pelajaran dan pendapatan. Beberapa cadangan telah diberikan berdasarkan kepada maklumbalas yang diterima untuk memperbaiki keadaan tersebut.

ISSN 1511-3701

e-ISSN 2231-8542

Article ID

PERT-0284-1985

Download Full Article PDF

Share this article

Recent Articles