Home / Regular Issue / JTAS Vol. 11 (1) Mar. 2003 / JSSH-0157-2003

 

Kreativiti Guru Pendidikan Seni

Chua Yan Piaw, Sharifah Md. Nor, Naim b. Mohd & Wan Zah Wan Ali

Pertanika Journal of Tropical Agricultural Science, Volume 11, Issue 1, March 2003

Keywords: Kreativiti, guru Pendidikan Seni sekolah menengah

Published on:

Matlamat utama kajian ialah untuk membandingkan kreativiti guru Pendidikan Seni Terlatih dan guru Pendidikan Seni Tidak Terlatih yang mengajar di sekolah-sekolah menengah. Kajian ini merupakan kajian deskriptif yang menggunakan alat Ujian Pemikiran Kreatif Figural Torrance untuk memperoleh indeks kreativiti guru. Subjek kajian terdiri daripada seramai 34 guru Pendidikan Seni terlatih dan 45 guru Pendidikan Seni tidak terlatih dari 22 sekolah menengah daerah Hulu Langat, Selangor. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kumpulan guru Pendidikan Seni adalah lebih kreatif secara signifikan berbanding kumpulan guru Pendidikan Seni tidak terlatih dari segi kelancaran dan penghuraian. Ini bererti guru Pendidikan Seni terlatih ini lebih berupaya memahami, membaca dan menghuraikan idea-idea kreatif yang dihasilkan pelajar. Pengkaji mencadangkan agar kursus dan latihan yang diberikan kepada para guru Pendidikan Seni pada masa depan lebih mengutamakan aspek kreativiti.

ISSN 1511-3701

e-ISSN 2231-8542

Article ID

JSSH-0157-2003

Download Full Article PDF

Share this article

Recent Articles